Minta Cadangan Nama ‘Fandom’ Peminatnya, Rose BLACKPINK Sedia Solo

Rata-rata peminat kumpulan BLACKPINK mula membuat andaian bahawa salah seorang ahli kumpulan K-pop wanita popular iaitu Rose kini sudah sedia untuk bergerak secara solo.

minta cadangan nama ‘fandom’ peminatnya, rose blackpink sedia solo

Dakwaan itu timbul berikutan perkongsian lirik lagu baharu yang ditulis sendiri Rose, berjudul Vampirehollie, yang dihasilkan sejak tahun lalu.

 

Meskipun ia belum siap sepenuhnya, ramai peminat teruja untuk menantikan lagu baharu itu, ditambah pula dengan permintaan Rose yang mahu cadangan nama kelab peminat (fandom) solo beliau sendiri.

minta cadangan nama ‘fandom’ peminatnya, rose blackpink sedia solo

Ahli BLACKPINK lain iaitu Lisa juga turut menyerlah menerusi aktiviti solonya seperti memulakan kempen iklan di seluruh dunia dibawah labelnya sendiri iaitu Lloud.

 

Sumber: Allkpop