Ronaldo Tak Anggap Ronaldo Pemain Terbaik Sepanjang Zaman

Generasi masa kini mungkin lebih mengenai siapa Cristiano Ronaldo, berbanding legenda bola sepak Brazil ini, Ronaldo Nazario.

ronaldo tak anggap ronaldo pemain terbaik sepanjang zaman

Ronaldo, 47, kini merupakan pemilik kelab Real Valladodid di Sepanyol dan Cruzeiro, pernah mengecapi saat penuh gemilang dalam arena bola sepak sejak 1993 hingga 2011 dengan beraksi bersama pasukan seperti Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan.

 

Beliau yang pernah menang dua Ballon d’Or, baru-baru ini menyenaraikan lapan pemain terbaik sepanjang zaman seperti Diego, Messi, Cruyff, Beckenbauer, Pele, Van Basten, Ronaldinho.

 

Dalam senarai itu, beliau langsung tidak meletakkan nama penyerang sensasi Portugal dan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo.

ronaldo tak anggap ronaldo pemain terbaik sepanjang zaman

"Saya letakkan diri saya dalam kelompok itu juga. Biarkan penyokong berkata dan berdebat mengenai perkara ini.

"Tetapi anda tidak boleh bandingkan mereka, tidak boleh bandingkan generasi dengan generasi," kata beliau.

 

Untuk info, Ronaldo Nazario telah meledak 352 gol dalam 518 perlawanan, manakala Cristiano Ronaldo telah mencetak 891 gol pada usianya baru 38 tahun.

 

Sumber: Daily Mail