Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dikatakan enggan memenuhi permintaan kekasihnya, Georgina Rodriquez supaya memberi beg jenama mewah untuk dirinya.
Perkara itu dimaklumkan Georgina sendiri menerusi sebuah portal antarabangsa.
“Saya meminta beg tangan sama seperti yang saya ada tetapi saiznya lebih besar. Dia (Ronaldo) memberitahu saya, dia enggan (membelinya). Saya tidak akan membelinya untuk awak.
“Baiklah, saya akan membelinya sendiri,” kata Georgina.
Menurut laporan, Ronaldo, 38, enggan memenuhi permintaan kekasihnya itu kerana wanita itu sudahpun ada terlalu banyak beg. Georgina berkata lagi, dia sudah memiliki kira-kira 150 beg tangan mewah dalam koleksi simpanannya.
Ronaldo dan Georgina menjadi pasangan kekasih sejak 2017 dan sudah beberapa kali dilapor mengalami masalah dalam hubungan mereka. Tambah lagi, Ronaldo merasakan Georgina mementingkan diri sendiri meskipun kehidupan mereka cukup mewah.
“Dia kesal dengan sikap Georgina dan merasakan dia mementingkan diri sendiri”, lapor portal berita El Futbolero.
Sumber: Kosmo! Online