Cristiano Ronaldo, bintang bolasepak Portugal dan kini penyerang pasukan Al Nassr, dilaporkan telah mengatur pembayaran bulanan sebanyak £86,000 (kira-kira RM502,000) kepada kekasihnya, Georgina Rodriguez, sekiranya mereka berpisah, walaupun mereka belum lagi berkahwin.
Pengaturan kewangan ini, yang dinyatakan dalam perjanjian pra-nikah, bertujuan untuk menjamin masa depan kewangan Rodriguez.
Berita mengenai penyelesaian seperti nafkah ini menjadi topik perbualan ramai, di tengah-tengah gosip yang mengatakan bahawa pasangan ini akan membawa haluan masing-masing.
Rodrigues, 29, sudah bersama Ronaldo sejak 2016 dan memiliki dua orang anak iaitu Alana Martina dan Bella Esmeralda. Wanita ini turut menjadi ibu kepada tiga lagi anak mereka iaitu Cristiano Ronaldo Jnr serta dua kembar, Eva dan Mateo yang dilahirkan menerusi ibu tumpang.
Bagaimanapun, ibu Ronaldo, Dolores baru-baru ini menafikan spekulasi tersebut, dan terdapat laporan yang melihat pasangan ini bersama-sama di Sepanyol, menunjukkan bahawa hubungan mereka masih teguh.
Ini bukan kali pertama kehidupan peribadi Ronaldo dan Rodriguez menjadi tumpuan media. Walaupun berdepan halangan-halangan tersebut, kelihatan tidak mungkin pasangan ini akan berpisah dalam masa terdekat.
Sumber: Daily Post