Setiap RM1 Beli Tiket Tonton ‘Gemencheh Boys’ Akan Disalur Ke Tabung Palestin

Penerbit Astro Shaw mengumumkan akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem ‘Gemencheh Boys’ ke Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin bermula 30 Oktober 2023.

setiap rm1 beli tiket tonton ‘gemencheh boys’ akan disalur ke tabung palestin

Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata ini adalah sebagai tanda soladiriti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat di bumi Palestin.

 

“Inisiatif sumbangan ini adalah bagi membantu rakyat Palestin. Kami berharap pelaksanaan usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza,” kata beliau.

 

‘Gemencheh’ Boys terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 26 Oktober lalu.

adaptasi dari kisah benar, gemencheh boys dipawagam bermula 26 oktober ini

Untuk info, ‘Gemencheh Boy’s adalah sebuah kisah enam budak ‘jahanam’ sewaktu zaman persekolahan. Kenakalan mereka sering diperkatakan bukan sahaja di sekolah tetapi di kalangan penduduk kampung. Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman berusaha membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah, sekaligus mengubah kehidupan mereka.