Heboh RM BTS Diangkat Sebagai Lelaki Terkacak Dunia, TC Candler Nafi Khabar Itu

Penganjur 100 Lelaki Paling Kacak Dunia, TC Candler menafikan dakwaan salah seorang anggota kumpulan K-Pop masyhur, iaitu RM BTS, 28, dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia sekaligus menewaskan bintang Superman, Henry Cavill.

heboh rm bts diangkat sebagai lelaki terkacak dunia, tc candler nafi khabar itu

Penjelasan mengenai khabar angin itu dibuat selepas ia tersebar secara meluas di media sosial baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TC Candler, pihak mereka masih belum mengeluarkan senarai kategori Top 5 apatah lagi sudah ada pemenang.

“Kepada sesiapa yang bertanya dan menyebarkan 'meme' itu, kami belum pun keluarkan senarai akhir untuk 2022. Kami cuma keluarkan senarai penuh Top 100 pada akhir Disember nanti.

“Walaupun kami sangat kagum dengan RM dan Henry Cavill, tiada siapa antara mereka sudah dipilih sebagai pemenang atau memasuki Top 5. Belum ada sebarang keputusan untuk 2022 sebelum kami buka undian pada Disember.

"Kalau anda nampak 'meme' atau berita mengenai perkara ini tukar di media sosial, tolong abaikan dan jangan kongsi,” katanya.

Sebelum ini, tular mengenai RM atau nama sebenarnya Kim Nam Joon yang kononnya diumumkan sebagai pemegang gelaran baru itu sementara Cavill pula dikatakan menduduki tangga kedua dalam senarai tersebut.

Senarai tahunan 100 Wajah Paling Tampan telah dianjurkan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.


Sumber: HMetro