RM BTS Rasa Kahwin Adalah Mustahil Dalam Hidupnya

Salah seorang ahli kumpulan BTS, RM berkata beliau sering menganggap perkahwinan adalah satu perkara yang mustahil dalam hidupnya.

rm bts rasa kahwin adalah mustahil dalam hidupnya

Meskipun baru berusia 28 tahun, RM berkata sedemikian dalam satu program televisyen ketika mengulas topik Ciri-Ciri Manusia Yang Kita Cintai.

 

Ketika program itu, ahli panel terlibat adalah RM, pelakon Shim Chae-kyung dan penulis Kim Young-ha.

 

Semetara Shim Chae-kyung dan Kim Young-ha sudah mendirikan rumah tangga, RM yang masih single berpandangan bahawa individu yang lahir pada 1990-an sangat skeptikal dalam perkahwinan.

 

“Bolehkah perkahwinan berlaku dalam hidup saya?

“Saya fikir perkahwinan adalah proses natural yang akan berlaku dalam kehidupan. Tetapi beberapa tahun lepas, saya tertanya-tanya adakah saya akan bujang buat selama-lamanya.

“Apabila mula berfikiran begitu, saya tidak dapat berhenti memikirkannya sehingga kini,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo!