Tindakan seorang penghantar makanan bertindak menghalau sekumpulan lelaki daripada berada dan duduk dalam koc khusus wanita MRT telah menerima pujian ramai.
Menerusi satu hantaran tular, penghantar makanan itu dilihat menegur semua penumpang lelaki termasuk warganegara asing yang tidak peka dan berada dalam tren khas untuk wanita supaya beralih ke koc lain.
Ia dibuat bagi menghormati dan menjaga keselamatan penumpang wanita untuk perkhidmatan awam itu.
Penghantar makanan itu juga dilihat memberi penjelasan dalam bahasa Inggeris kepada beberapa warga asing kerana mereka seakan keliru dan tidak faham dengan situasi yang berlaku.
Susulan kejadian itu, ramai pengguna dilihat memuji tindakan penghantar makanan itu yang dilihat peka dengan keselamatan penumpang wanita, selain menegur mereka dengan baik.
Untuk info, MRT laluan Kajang telah memperkenalkan koc wanita yang dilaksanakan mulai September 2023 bagi mewujudkan keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita.
Sumber: Tiktok @jai.samud