Ribut Matahari Dahsyat Diramal Berlaku 2025, Lapor Saintis

Saintis dari Program Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat meramalkan kejadian ribut matahari dijangka berlaku pada 2025.

ribut matahari dahsyat diramal berlaku 2025, lapor saintis

Ia selepas fenomena ribut Matahari yang berlaku awal minggu lepas yang telah mengakibatkan beberapa siri ledakan pada permukaannya, menunjukkan bahawa aktiviti solar boleh menjejaskan bukan sekadar Matahari.

 

Fenomena ribut geomagnetik ini boleh mewujudkan fenomena digelar cuaca angkasa lepas, yang boleh merosakkan satelit serta menghasilkan kejadian cahaya aurora jika letusan itu sampai ke Bumi.

ribut matahari dahsyat diramal berlaku 2025, lapor saintis

“Dalam tempoh beberapa tahun lepas, hanya terdapat beberapa aktiviti solar yang minimum, namun kini fenomena tersebut semakin kerap berlaku.

“Ini telah mempercepatkan kitaran solar yang seterusnya, di mana kami meramalkan ia akan berlaku pada 2025,” kata Bill Murtagh selaku penyelaras program berkenaan.

 

Jelas beliau lagi, kejadian ribut geomagnetik yang berlaku pada minggu lepas adalah berasal daripada Lontaran Jisim Korona (CME), yang merupakan gelombang-gelombang bahan daripada Matahari yang kadangkala meledak.

ribut matahari dahsyat diramal berlaku 2025, lapor saintis

“CME merupakan awan gas plasma seberat berbilion-bilion tan yang mempunyai medan magnetik. Apabila Matahari meledakkan magnet-magnet tersebut ke angkasa lepas, ia akan dipindahkan ke Bumi.

“Bagaimanapun, Bumi mempunyai medan magnetiknya yang tersendiri dan sekiranya magnetik-magnetik ini bercampur, ia akan mengakibatkan kejadian ribut geomagnetik yang besar dan dahsyat,” jelasnya.

 

Sumber: [1]