Ribuan Mangsa Gempa Bumi Sejuk Melampau, Hanya Lindung Diri Dalam Kereta, Pondok Bas

Ribuan keluarga mangsa gempa bumi di selatan Turkiye kini terpaksa menahan diri dari cuaca sejuk melampau dengan berlindung diri dala kereta, pondok bas serta laluan kedai terbiar sebagai tempat berteduh.

ribuan mangsa gempa bumi sejuk melampau, hanya lindung diri dalam kereta, pondok bas

Ia ekoran dari kemusnahan dan keruntuhan bangunan yang berlaku disana akibat dari bencana gempa bumi di selatan Turkiye dan utara Syria yang berlaku pada 6 Feb lalu.

 

Keadaan di kawasan gempa bumi itu juga kelihatan bagaikan suasana peperangan kerana keadaan bandar yang berdebu dan banyak harta benda awam musnah.

 

“Untuk memahami kawasan gempa bumi di sini, macam kawasan perang. Runtuhan bangunan, keadaan suram dan sunyi, mangsa mengalami emosi tak stabil dan terkejut.

“Ramai kehilangan keluarga dan tempat tinggal dalam satu malam,” kata Pengerusi Pertubuhan Tumbuh Insan (Tumbuh), Imran Zaki yang kini sedang berada di Turkiye untuk misi bantuan kemanusiaan.

ribuan mangsa gempa bumi sejuk melampau, hanya lindung diri dalam kereta, pondok bas

Ujar beliau, ramai mangsa-mangsa bencana gempa bumi kini tinggal sementara di khemah, dalam kereta, depan kedai terbiar, taman, stesen bas dan ada juga sedang bergerak menuju ke negeri terdekat yang lebih selamat.

Menurutnya lagi, kerja-kerja pencarian dan menyelamat kini masih giat dijalankan.

 

Sumber: Kosmo!

Foto: Al-Jazeera