Ribuan Kucing Mati Terkena ‘Koronavirus Kucing’, Lebihan Ubat Manusia Guna Rawat

Sebuah negara yang terletak di timur Laut Mediterranean iaitu Crypus telah merekodkan jumlah kematian kucing yang luarbiasa.

ribuan kucing mati terkena ‘koronavirus kucing’, lebihan ubat manusia guna rawat

Disebut sebagai koronavirus kucing, virus yang menjangkiti banyak kucing di negara itu adalah dikenali sebagai Feline Infectious Peritonitis (FIP) iaitu sejenis penyakit yang berpunca daripada Feline coronavirus (FCoV). Ia penyakit yang tidak boleh menjangkiti manusia dan hanya tersebar melalui haiwan.

ribuan kucing mati terkena ‘koronavirus kucing’, lebihan ubat manusia guna rawat

Wabak itu telah menjangkiti hampir 1 juta ekor kucing di Crypus, menyebabkan kematian sehingga 300,000 ekor pada tahun ini.

 

Aktivis haiwan kini juga telah menggelar Cyprus sebagai "pulau kucing mati".

ribuan kucing mati terkena ‘koronavirus kucing’, lebihan ubat manusia guna rawat

Disebabkan itu, lebihan ubat yang tidak digunakan untuk jangkitan koronavirus manusia kini digunakan untuk merawat kucing yang terkesan di Crypus.

 

"Stok persediaan yang digunakan untuk merawat kes coronavirus manusia dan tidak lagi digunakan boleh disediakan untuk kucing," kata kabinet dalam satu kenyataan.

 

Koronavirus kucing merebak dalam najis kucing dan menyebabkan gejala ringan termasuk cirit-birit. Walau bagaimanapun, jika ia bermutasi dan menyebabkan FIP, kucing boleh mengalami demam, lesu, dan pengumpulan cecair di dalam perut.

ribuan kucing mati terkena ‘koronavirus kucing’, lebihan ubat manusia guna rawat

Kini terdapat kebimbangan bahawa koronavirus yang menyebabkan FIP mungkin telah bermutasi menjadi strain yang lebih berjangkit.

 

Pakar bedah veterinar kucing, Jo Lewis memberitahu Sky News: "Apa yang membimbangkan tentang bukti daripada wabak Cyprus, adalah mutasi FCoV yang sangat buruk nampaknya telah berlaku.

"Kadar jangkitan cenderung paling tinggi dalam kucing yang tinggal berdekatan dan berkongsi tandas, seperti di kedai makan, dan pusat penyelamat, sebagai contoh.

"Adalah penting juga untuk ambil perhatian bahawa virus itu boleh disebarkan secara fizikal seperti melalui berus dandanan, penyedok pasir kucing dan juga pada kaki dan tangan manusia."

 

Untuk info, FIP telah wujud sejak 1963 lagi. Wabak sebelumnya akhirnya hilang tanpa menggunakan sebarang ubat.

 

Sumber: Daily Star