Restoran Terapung Popular Hong Kong Tenggelam Di Laut China Selatan

Restoran terapung ikonik, Jumbo yang menjadi tarikan pelancong di Hong tenggelam di Laut China Selatan selepas ditarik keluar dari bandar itu akibat masalah kewangan yang dihadapi.

restoran terapung popular hong kong terapung di laut china selatan

Memetik laporan Al Jazeera, ia terbalik pada Ahad lalu berhampiran Kepulauan Paracel selepas menghadapi keadaan buruk dan dimasuki air.

Namun, kemalangan tersebut tidak melaporkan sebarang kecederaan anak kapal.

“Kedalaman air di tempat kejadian adalah lebih 1,000 meter, menjadikannya amat sukar untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat,” jelas Aberdeen Restaurant Enterprises menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Syarikat itu berkata ia sangat sedih dengan kejadian tersebut.

Restoran itu ditutup pada Mac 2020 berikutan wabak COVID-19 yang mengeruhkan lagi konflik kewangan yang telah dihadapinya hampir sedekad.

Menurut Operator Melco International Development, perniagaan tersebut telah mengalami kerugian sejak 2013 hingga bulan lalu dengan kerugian terkumpul mencecah 100 juta dolar Hong Kong (RM56,063,810).

Ia bagaimanapun masih menelan belanja berjuta-juta dalam yuran penyelenggaraan setiap tahun sepanjang tempoh tersebut.

Bulan lalu, Jumbo mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan Hong Kong sebaik lesennya tamat pada Jun dan menunggu pengendali baru di lokasi yang tidak didedahkan.

Dibuka pada 1976 oleh hartawan kasino iaitu mendiang Stanley Ho, ia merangkumi kemewahan pada zaman kegemilangannya yang dilaporkan menelan belanja lebih 30 juta dolar Hong Kong (RM16,819,182) untuk dibina.

Direka bentuk seperti istana empayar China dan pernah dianggap sebagai mercu tanda yang wajib dikunjungi, Jumbo juga pernah menarik pengunjung berpengaruh seperti Ratu Elizabeth II dan Tom Cruise.

Ia juga pernah dipaparkan dalam beberapa filem seperti “Contagion” karya Steven Soderbergh yang dikeluarkan pada 2011.

 

Sumber: [1]