Restoran Ayam Goreng Popular Korea Selatan Kini Di Malaysia, Kami Cuba Menu BHC Chicken!

Restoran ayam goreng popular dari Korea Selatan, BHC Chicken kini secara rasmi telah dibuka kepada orang ramai di Malaysia.

restoran ayam goreng popular korea selatan kini di malaysia, kami cuba menu bhc chicken!

Mula dibuka sejak 1 November 2022, BHC Chicken telah menarik minat ramai peminat ayam goreng di negara ini khususnya menu popular mereka iaitu Bburinkle, Gold King, dan Macho King.

 

BHC yang merujuk kepada singkatan “Better & Happier Choice” adalah salah satu jenama restoran yang menyajikan ayam goreng popular di Korea Selatan, kini mempunyai 1,800 cawangan di negara berkenaan.

restoran ayam goreng popular korea selatan kini di malaysia, kami cuba menu bhc chicken!

Kami di SYOK berkesempatan mencuba sendiri pelbagai menu popular BHC Chicken, yang mana setiap hidangan ayamnya menggunakan minyak bunga matahari yang tinggi dengan kandungan vitamin E berbanding dengan minyak sayuran lain. Malah, ayam yang digunakan BHC Chicken juga adalah ayam segar dan tinggi kualiti dan bahan-bahanya adalah diimport terus daripada Korea Selatan. Jangan risau, semua bahan yang digunakan di negara ini telah diperakukan halal.

 

Jika anda menggemari hidangan berasaskan keju, anda boleh cuba hidangan Bburinkle, dan jika anda menggemari menu yang pedas, hidangan ayam goreng Macho King adalah pilihan terbaik. Untuk ayam goreng berperisa Gold King pula sesuai untuk anda yang gemarkan sos Korea yang mempunyai rasa manis-manis.

restoran ayam goreng popular korea selatan kini di malaysia, kami cuba menu bhc chicken!

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BHC Malaysia (@mybhcchicken)

 

Jika anda seorang peminat ayam goreng, apa kata anda cuba sendiri pelbagai menu lazat di BHC Chicken yang terletak di 1F-06, 163 Retail Park, Mont Kiara. Ia dibuka dari jam 11 pagi sehingga 10 malam (Isnin-Khamis) dan 11 pagi sehingga 11 malam (Jumaat-Ahad). Info lanjut dan sebarang promosi, klik Facebook rasmi BHC Chicken Malaysia atau Instagram @mybhcchicken.