Limau mandarin adalah buah-buahan yang cukup sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina.
Selain dimakan begitu sahaja, rupanya limau mandarin boleh dijadikan menu pencuci mulut yang cukup lazat, hinggakan ia menjadi tular baru-baru ini.
![ramai dah cuba buat, ini resipi agar-agar limau mandarin viral [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/428634017_7507546332629336_2086102418111409988_n.jpg)
Menerusi hantaran pengguna Facebook Anie Japri, berikut adalah resipi mudah bagi menghasilkan agar-agar limau mandarin:
Resipi Agar-Agar Limau Mandarin
Bahan-Bahan
800ml susu full cream
200ml air
70g gula
10g serbuk agar-agar
4 biji limau mandarin
Cara Penyediaan
1. Masak susu, gula, air dan agar-agar dan kacau sehingga mendidih dengan api sederhana. Pastikan adunan tidak berketul.
2. Sediakan botol air mineral yang sudah dipotong bahagian atasnya.
3. Basahkan terlebih dahulu bahagian dalam botol supaya ia tidak melekat apabila hendak mengeluarkannya nanti.
4. Cucuk dua biji limau mandarin menggunakan kayu chopstick, bermula dari bahagian atas.
5. Pastikan buah berkenaan diletakkan dalam keadaan menegak pada tengah-tengah botol.
6. Kemudian, tuangkan adunan agar-agar sehingga buah tenggelam. Cucuk baki dua limau dan tuangkan semua adunan agar-agar.
7. Sejukkan agar-agar dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga keras.
8. Keluarkan dengan berhati-hati supaya agar-agar tidak pecah.
Lihat video dibawah untuk lebih jelas:
Selamat mencuba!
Sumber: Anie Japri / Tiktok limaunipis