Seorang remaja dilapor maut akibat disambar petir ketika menggunakan telefon bimbit dalam rumahnya, baru-baru ini.
Kejadian berlaku di Purbalingga, dekat wilayah Jawa Tengah, Indonesia sebelum ibu mangsa menemui mangsa tidak bergerak dengan telefon bimbit atas kepalanya.
“Mangsa dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” kata ketua polis setempat, Mubarok.
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan melecur pada leher mangsa sepanjang 10 sentimeter serta lebam pada kaki dan tangan.
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati punca kematian mangsa adalah disambar petir. Tiada tanda-tanda kekerasan ditemui pada badannya,” tambah Mubarok.
Sumber: Kosmo!