Real Madrid Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara!

Real Madrid tepati ramalan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara!

 

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mara dengan agregat 6-2 selepas menang tipis 1-0 ke atas Liverpool pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik pagi tadi.

real madrid ke suku akhir liga juara-juara!

Lebih manis, ini merupakan perlawanan ke-300 Real dalam Liga Juara-Juara - pasukan pertama mencecah angka tersebut dalam kejohanan itu.

 

Dengan kemenangan pagi tadi, Real Madrid berjaya singkirkan Liverpool daripada kejohanan tersebut untuk tahun ketiga berturut-turut.

 

Tahun lepas, Liverpool tewas pada pentas final manakala pada tahun 2021 skuad kendalian Jurgen Klopp tewas pada peringkat suku akhir.

 

Ini juga merupakan kemenangan kelima Real ke atas The Reds sejak Jurgen Klopp ambil alih kelab tu.

 

Fuh, banyak jugak rekod yang dicipta Real dalam game pagi tadi.

 

Gol tunggal pagi tadi dijaringkan oleh Karim Benzema.

real madrid ke suku akhir liga juara-juara!

Jaringan itu merupakan gol ke-89nya dalam Liga Juara-Juara tau!

 

Benzema sekarang ni duduki tangga ke-4 senarai penjaring terbanyak kejohanan itu.

 

Kurang 2 gol je di belakang penyerang Barcelona, Robert Lewandowski.

 

Korang pun tau kan siapa nombor 1 dengan nombor 2 dalam senarai tu? Tak lain tak bukan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi la.

 

Berbalik kepada Benzema, dia dah jaringkan 13 gol dalam 8 perlawanan terakhir peringkat pusingan kalah mati bersama Real.

 

Bukan tu je, Benzema dah berdepan kelab EPL dalam Liga Juara-Juara sebanyak 7 kali sejak musim lalu!

 

Dalam 7 pertemuan itu, Benzema catat 8 gol dan 2 assist.

 

Agaknya dia memang suka score lawan kelab EPL kot. 

 

Korang rasa Real Madrid akan menang Liga Juara-Juara lagi ke musim ni? Ni nampak macam dah power sangat je.

 

Oleh: Izzati Amir