Hari ini, Menteri Pengangkutan YB Tuan Anthony Loke mengumumkan pelekat ‘roadtax’ konvensional bagi kenderaan persendirian tidak lagi diwajibkan.
Sebaliknya, pemilik kenderaan persendirian kini boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile JPJ.
“Mulai 10 Feb 2023, pemilik kenderaan persendirian, yang merupakan warganegara Malaysia, boleh menggunakan mod paparan LKM Digital ataupun e-LKM dan LMM (Lesen Memandu Malaysia) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ, dibawah satu projek perintis yang dilaksanakan secara ‘in-house’ oleh JPJ.
“Saya ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan JPJ dan juga pasukan IT kita dalam JPJ kerana telahpun membangunkan aplikasi ini secara in-house” ujarnya.
Inisiatif ini nyata mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen di media sosial. Ada yang menyambut baik perubahan kearah digitalisasi ini, dan tak kurang juga ada yang mempertikaikan keberkesanan ‘roadtax’ digital ini.
Apa pula pendapat anda?
Sumber: Facebook