Rayuan Dari Pusat Darah Negara Kepada Orang Ramai

Pusat Darah Negara, juga dikenali sebagai PDN sebagai nama singkatan merupakan pusat darah terkemuka di Malaysia. Ia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat.

rayuan dari pusat darah negara kepada orang ramai

Namun bekalan darah di PDN kini semakin berkurangan. Keadaan ini membimbangkan kerana jika bekalan darah telah habis stok, maka proses untuk transfusi darah akan terjejas dan menyebabkan ramai nyawa terancam.

 

Menerusi laman rasmi Twitter @PDNKKM, orang ramai diseru untuk menderma darah di bulan Ramadan ini, dan waktu operasi dibuka hingga jam 9 malam pada Isnin hingga Jumaat.

rayuan dari pusat darah negara kepada orang ramai

 

 

Penderma darah yang beragama Islam boleh menderma darah selepas berbuka puasa, dan mereka yang bukan beragama Islam boleh hadir pada bila-bila masa dengan melakukan temujanji terlebih dahulu.

 

Buat mereka yang berminat untuk menderma darah ketika di bulan Ramadan ini, berikut adalah antara tips menderma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

rayuan dari pusat darah negara kepada orang ramai

Mana tahu hari ini kita tolong orang dengan menderma darah, esok lusa orang lain pula akan tolong kita?

 

Sumber: PDN