Hujan Lebat Berterusan, Beberapa Negeri Banjir dan Ratusan Penduduk Terjejas

Susulan daripada hujan lebat berterusan, beberapa kawasan di Perak, Sabah dan Sarawak telah mengalami banjir dan menjejaskan ratusan penduduk, sekitar 274 orang.

hujan lebat berterusan, beberapa negeri banjir dan ratusan penduduk terjejas

Setakat 24 September jam 7 malam, jumlah mangsa banjir di PERAK melibatkan mangsa dari Kampung Matang Tengah, Kerian, adalah seramai 38 orang daripada sembilan keluarga yang kini ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak.

 

Bencana itu juga telah menyebabkan laluan FT 147 Jalan Bagan Serai Cangkat Lobak masih ditutup akibat tanah runtuh.

hujan lebat berterusan, beberapa negeri banjir dan ratusan penduduk terjejas

Manakala di SAWARAK, hanya 12 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Balui, setakat jam 8 malam tadi, yang mana melibatkan mangsa dari Kampung Buluh Balui, Kampung Batu Danau dan Kampung Pandak.

 

Di SABAH pula mangsa banjir adalah seramai 224 mangsa daripada 70 keluarga dari lima kampung di Beufort. Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Selagon.

 

Sumber: Astro AWANI