Jangan Abaikan Rasa Berdebar, Ia Boleh Jadi Tanda Penyakit

Pernahkah anda mengalami rasa hati berdebar dan juga sesak nafas?

boleh jadi tanda penyakit, jangan abaikan rasa berdebar-debar

Jika YA, jangan pula anda mengabaikannya kerana ia boleh dikaitkan dengan pelbagai kondisi perubatan seperti kegelisahan, serangan panik dan juga masalah jantung.

 

Selain disebabkan faktor psikologi dan emosi, hati berdebar dan kesukaran bernafas boleh menjadi indikasi kepada masalah jantung seperti kegagalan jantung. Ia juga disebut sebagai congestive heart failure.

 

Penghidap yang mengalami congestive heart failure pada awalnya mungkin akan mengalami kesukaran bernafas setelah bersenam, atau berjalan jauh. Tetapi, apabila jantung semakin lemah, sesak nafas boleh berlaku walaupun semasa berbaring.

 

Antara punca lain yang berkait dengan masalah jantung yang meyebabkan rasa berdebar adalah takikardia (jantung berdegup laju), paru-paru berair dan juga cardiomyopathy (masalah otot jantung).

boleh jadi tanda penyakit, jangan abaikan rasa berdebar-debar

Jika dikaitkan dengan faktor psikologi dan emosi pula, serangan panik yang merupakan salah satu penyakit kegelisahan boleh menyebabkan seseorang itu berdebar-debar dan sesak nafas. Mereka yang mengalami serangan panik boleh mengalami gejala fizikal seperti:

- Berpeluh.

- Kesukaran bernafas.

- Hati berdebar debar.

- Sakit dada atau perut.

- Berasa lemah atau pening.

- Badan terasa panas atau sejuk menggigil.

- Tangan terasa menyucuk atau kebas.

 

Justeru, adalah sukar untuk mendiagnos penyakit sebenar seseorang dengan hanya melihat pada luaran. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera jika mengalami masalah pernafasan atau hati berdebar-debar.

 

Sumber: Hello Doktor