Ini Antara Rancangan Kanak-Kanak Baharu di Astro Sempena Cuti Sekolah!

Sempena dengan musim cuti sekolah, Astro bakal menyajikan pelbagai jenis kandungan, baik tempatan mahupun antarabangsa sebagai tatapan untuk seisi keluarga.

 

Francais baharu yang bertajuk ‘Hikayat’ bakal menyajikan pelbagai cerita rakyat dan kisah dongeng klasik Asia, dan akan membuka tirai dengan kisah ‘Hikayat Pak Belalang’ mulai 11 Disember menerusi Astro Ceria pada jam 9 malam. Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

ini antara rancangan kanak-kanak baharu di astro sempena cuti sekolah!

‘Hikayat Pak Belalang’ mengisahkan Belalang dan ayahnya, Pak Belalang yang berhadapan dengan pelbagai masalah apabila dirinya menyamar menjadi seorang nujum. Hikayat Pak Belalang diterbitkan oleh Zeel Production dan menampilkan kombinasi pelakon-pelakon hebat seperti Bell Ngasri sebagai Pak Belalang, adik Haziq Asyraf sebagai Belalang, Dato’ Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Ruhainies, Mikael Noah, Usop Wilcha serta Fadhli Masoot.

ini antara rancangan kanak-kanak baharu di astro sempena cuti sekolah!

Seterusnya, ‘Hikayat Bawang Merah Bawang Putih’ membariskan Mira Filzah dan Syafiq Kyle dan diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim juga bakal menemui penonton. Siri ini bakal memulakan produksi pada awal tahun 2024.

 

Selain daripada kisah-kisah dongeng, Astro Ceria turut mempersembahkan siri aksi bersesuaian dengan golongan muda, ‘The ‘Cadets’ yang dibintangi Mierul Aiman, Hawa Rizwana, Fimie Don, Adlin Aman Ramlie, Jazmy Juma dan Bella Dowanna. ‘The Cadets’ menggunakan khidmat Infinitus Gold, studio di sebalik kejayaan ‘Sangkar’ untuk memastikan siri ini padat dengan aksi yang hebat.  Siri ini mengisahkan perjuangan empat sekawan kadet bomba yang menghadapi pelbagai cabaran mental dan fizikal. ‘The Cadets’ bakal bersiaran pada 27 Disember setiap hari Rabu, jam 9 malam.

ini antara rancangan kanak-kanak baharu di astro sempena cuti sekolah!

Manakala siri animasi baharu di Astro Ceria, ‘Makania’ iaitu hasil karya terbaharu Warnakala Studios yang telah menghasilkan ‘Didi and Friends The Movie’, merupakan kulinari fantasi yang mengisahkan Naz bersama bapanya menyertai sebuah pertandingan masakan, Makania's Next Top Chef (ManTOP).

 

Animasi ini turut memaparkan enam buah lagu baharu sebagai runut bunyi termasuk ‘My Way’ (dicipta oleh DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly), yang mencecah lebih 700 ribu tontonan menerusi YouTube, ‘Appa Fantastik’ (dicipta oleh DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly), Cook Together (dicipta oleh DJ Fuzz dan Aziquebeats), ‘Kita Berjuang’ (dicipta oleh Modescape), ‘Bongkar Rahsia’ (dicipta oleh oleh Yuri Wong) dan lagu tema ‘Makania’ (dicipta oleh Duan). ‘Makania’ bakal menemui para penonton setiap hari Jumaat pada jam 3 petang mulai 8 Disember. 

ini antara rancangan kanak-kanak baharu di astro sempena cuti sekolah!

Bukan sahaja animasi tempatan, penonton juga bakal disajikan dengan rancangan antarabangsa seperti ‘LEGO DC Super Heroes: Aquaman: Rage of Atlantis’, ‘Baby Shark's Big Show!’ serta rancangan anugerah popular ‘Kids Choice Awards Abu Dhabi’.

ini antara rancangan kanak-kanak baharu di astro sempena cuti sekolah!

Baca sinopsis dibawah:


ini antara rancangan kanak-kanak baharu di astro sempena cuti sekolah!

ini antara rancangan kanak-kanak baharu di astro sempena cuti sekolah!