Lima Rancangan Menarik Di Disney+ Hotstar Ramadan Ini

Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia untuk kita bermuhasabah diri serta mencari ketenangan jiwa.

lima rancangan menarik di disney+ hotstar ramadan ini

Sementara menunggu waktu berbuka puasa atau terdapat masa terluang pada malam hari, luangkan masa bersama keluarga dengan menonton rancangan-rancangan yang boleh menyentuh jiwa anda.

 

Jadi, bersempena Ramadan ini, Disney+ Hotstar telah menyajikan beberapa rancangan yang menarik yang terdiri daripada rancangan tempatan, dokumentari dan drama Korea untuk tontonan semua.

.

CINTA SUBUH

lima rancangan menarik di disney+ hotstar ramadan ini

Angga, seorang penuntut kolej yang sering tidak menunaikan solat subuh telah jatuh cinta dengan Ratih, seorang Muslim yang soleh dah cerdik. Ratih mengidamkan seorang pasangan yang boleh membantunya mendekatkan diri dengan agama, lalu terdetik di hatinya untuk membimbing Angga dalam soal agama. Namun, tidak lama kemudian, tekanan konflik membuatkan Angga menyedari mereka tidak serasi dan memilih untuk berpisah. Kisah ini mengajar kita, sungguhpun kita patut sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menjadi lebih baik, namun kita juga harus melepaskan sesuatu yang bukan milik kita.

 

LIMITLESS WITH CHRIS HEMSWORTH

lima rancangan menarik di disney+ hotstar ramadan ini

Chris Hemsworth sedang mengejar misi untuk hidup lebih sihat dan Panjang umur. Dengan bantuan saintis-saintis terkemuka, dia mengharungi enam cabaran epik yang benar-benar menguji ketahanan minda dan badannya. Sempena Ramadhan ini, apa kata kita berbuka puasa bersama Chris Hemsworth di samping belajar bagaimana puasa dapat membersihkan badan serta memperbaiki sel-sel kita. Malah, dalam satu episod, kita akan belajar bagaimana rutin puasa dapat menguatkan minda dan menyembuhkan tubuh badan kita.

 

AYAHANDA

lima rancangan menarik di disney+ hotstar ramadan ini

Seorang Imam serta jurunikah kampung yang mengajar di sebuah surau usang, berhadapan dengan konflik apabila penduduk kampung mahukan dia digantikan dengan Imam lebih muda. Ayahanda bertemakan konflik keluarga, khususnya bagaimana anak-anak payah berkomunikasi dengan ayah mereka itu. Namun, mereka akhirnya berjaya mengatasi perbezaan mereka apabila anak-anak itu berazam untuk lebih memahami ayah mereka. Selari dengan semangat Ramadhan, kisah ini mendidik kita bagaimana kemaafan dapat memberi ketenangan jiwa, dan bagaimana sebuah keluarga dapat kembali ke akrab apabila semua ahli keluarga sanggup mengetepikan perbezaan dan berusaha memahami satu sama lain.

 

MS MARVEL

lima rancangan menarik di disney+ hotstar ramadan ini

Kamala Khan, seorang remaja muslimah Amerika dan peminat tegar Super Hero sering berasa tersisih. Sehingga suatu hari, dia mendapat kuasa luar biasa. Susulan itu, dia mula meneroka potensi penuhnya dengan sokongan rakan-rakan karibnya, Bruno dan Nakia. Dalam drama bersiri ini, Kamala dan Nakia yang berasal dari keluarga Muslim susah serasi dengan gaya hidup Amerika. Namun, Nakia membuktikan, sekiranya anda sudi menerima budaya serta tradisi anda, menjalani kehidupan yang anda mahukan, dan bukannya semata-mata menggembirakan orang lain, anda akan dapat menemuni diri sebenar anda. Drama bersiri ini turut menonjolkan sambutan Eid Mubarak Kamala dan Nakia. Marilah kita sama-sama menghitung hari untuk menyambut Hari Raya bersama dua gadis hebat ini!

 

ONE DOLLAR LAWYER

lima rancangan menarik di disney+ hotstar ramadan ini

Peguam yang paling mahir, Jihun mengenakan hanya satu dolar bagi setiap kes yang ditugaskan, dan komited terhadap keadilan sosial dan mempertahankan hak asasi manusia. Kelakuan dan gaya peguam ini mungkin sedikit ganjil, namun dia bukan selalunya begitu. Malah dahulu, dia seorang yang amat berbeza. Apakah yang telah terjadi? Adakah dia benar-benar lebih bahagia, atau baru menemui perspektif yang berbeza dalam kehidupan? Sertailah perjalanan penemuan dan penyembuhan diri ini bersama Jihun dalam One Dollar Lawyer.

.

Berikut adalah cara untuk mengakses Disney+ Hotstar di Astro:

  • Layari astro.com.my/Disney
  • Log masuk dengan ID Astro anda
  • Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk mengaktifkan kelayakan anda. Masukkan OTP.
  • Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar atau layari DisneyplusHotstar.my
  • Log masuk dengan nombor telefon bimbit dan OTP anda
  • Mulakan penstriman!

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari astro.com.my/Disney atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Astro di 03 9543 3838. Sebagai alternatif, sila WhatsApp Astro di 03 9543 3838 dan taip DH Help untuk bantuan selanjutnya.