Dua Negara Ini Sepakat Bina Loji Kuasa Nuklear di Bulan Mulai 2033

Negara Rusia dan China dilapor sepakat untuk membina loji kuasa nuklear dan penempatan di Bulan, menjelang tahun 2033 hingga 2035.

dua negara ini sepakat bina loji kuasa nuklear di bulan mulai 2033

Menurut Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia (ROSCOSMOS), Yuri Borisov berkata dua negara itu telah bekerjasama dalam program lunar dan Moscow akan dapat menyumbang kepakarannya mengenai tenaga angkasa nuklear.

 

"Hari ini kami serius mempertimbangkan projek menghantar dan memasang unit kuasa di permukaan bulan bersama-sama dengan rakan sekerja kami dari China.

"Tetapi kami menghadapi cabaran penjanaan kuasa, ini kerana panel solar tidak akan dapat membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk menggerakkan penempatan bulan, manakala kuasa nuklear boleh.

"Ini adalah cabaran yang sangat serius, justeru ia harus dilakukan dalam mod automatik, tanpa kehadiran manusia," katanya.

dua negara ini sepakat bina loji kuasa nuklear di bulan mulai 2033

Malah para pegawai Rusia juga telah heboh bercakap mengenai rancangan mereka untuk melombong di Bulan suatu hari nanti, meskipun misi bulan pertama gagal apabila kapal angkasa Luna-25 Rusia berpusing diluar kawalan lalu terhempas.

 

Ekoran daripada misi ini jugalah Amerika Syarikat menuduh kononnya Moscow merancang meletakkan senjata nuklear di angkasa. Tuduhan ini disangkal Rusia yang menganggap ia sebagai palsu serta muslihat untuk menarik Rusia ke dalam rundingan senjata mengikut syarat Barat.

 

Sumber: Astro AWANI