Rampas Rumahtangga Sebenarnya Satu Jenayah, Sabit Kesalahan Boleh Masuk Penjara!

Percaya atau tidak, sebenarnya terdapat undang-undang di Malaysia yang dikhususkan terhadap orang ketiga yang mengganggu rumah tangga seseorang.

rampas rumahtangga sebenarnya satu jenayah, sabit kesalahan boleh masuk penjara!

Menerusi satu perkongsian oleh peguam Syarie, Atikah Rashid, beliau menjelaskan gangguan pihak ketiga adalah satu kesalahan jenayah syariah.

“Gangguan daripada pihak ketiga adalah di bawah bidang kuasa pendakwa kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah syariah. Ya, mengganggu rumah tangga orang lain adalah satu jenayah ya!

“Nampak seronok ganggu rumah tangga orang, seronok jadi skandal, seronok main-mainkan isteri teman lelaki yang merupakan suami orang, tapi kalau disabitkan kesalahan gangguan daripada pihak ketiga boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman.

“Bayangkan dimasukkan penjara hanya kerana sebab mengganggu rumahtangga orang?! Berbaloi ke? Habis reputasi ada rekod dipenjarakan,” tulis Atikah menerusi satu entri Instagram miliknya.

Tambah beliau, hukuman tersebut bukti bidang kuasa mahkamah syariah kini sudah dipertingkat yang mana ia bukan seperti dulu yang dilihat hanya sekadar membayar denda sekiranya sabit kesalahan.

“Mahkamah Syariah sekarang dah makin ke hadapan, jangan merendah-rendahkan mahkamah syariah. Dulu orang selalu kata, hukuman dekat mahkamah syariah denda saja, bawa saja duit nanti.

Katanya lagi, “Kes-kes jenayah yang lain sekarang ini seperti khalwat, minum arak, berjudi juga banyak yang telah dikenakan hukuman penjara. Cuma tak diuar-uarkan sahaja di media.”

 

Sumber: [1]