Ramai Wanita Gemar Guna ‘iloveyou’ Sebagai Password – Kajian

Kata laluan atau password menjadi benteng keselamatan yang melindungi data peribadi kita diatas talian. Pun begitu, penduduk dunia didapati masih menggunakan kata laluan yang mudah seperti ‘123456’, ‘qwerty’ dan ‘password’.

ramai wanita gemar guna ‘iloveyou’ sebagai password – kajian

Menurut laporan daripada kajian terkini oleh NordPass menerusi laporan Most Common Passwords, penggunaan kata laluan didapati sangat berbeza di setiap lokasi dan jantina.

 

Tambah laporan itu lagi, kebanyakan pengguna masih menggunakan nama sendiri sebagai kata laluan, termasuk juga pasukan sukan kegemaran, jenama kereta dan nama kumpulan.

 

Seramai kira-kira 103 juta penduduk dunia menggunakan kata laluan 123456, manakala 123456789 digunakan oleh 46 juta pengguna dan 12345 dipakai oleh 32 juta orang.

ramai wanita gemar guna ‘iloveyou’ sebagai password – kajian

Kata laluan lain dalam carta 10 teratas paling banyak digunakan adalah qwerty, password dan 111111.

 

Kajian itu turut mendedahkan secara keseluruhannya golongan wanita lebih gemar menggunakan kata-kata positif dan ayat cinta sebagai kata laluan seperti ‘sunshine’ atau ‘iloveyou’.

 

Perkara ini mendapat perhatian Pakar Keselamatan Siber dari ESET, Jake Moore yang berkata orang ramai masih tidak faham risiko bila menggunakan kata laluan yang lemah dan tidak selamat.

 

Justeru beliau mencadangkan kepada pengguna supaya menggunakan pengurus kata laluan yang boleh menetapkan kata laluan berbeza untuk setiap halaman yang dilawati tanpa perlu mengingati butirannya.

 

Sumber: [1]