Kajian Dapati Pekerja di Asia Suka Pura-Pura Sibuk di Tempat Kerja

Satu kajian mendapati kebanyakkan pekerja di Asia suka menghabiskan masa dengan berpura-pura sibuk di tempat kerja, berbanding dengan melakukan kerja hakiki.

kajian dapati pekerja di asia suka pura-pura sibuk di tempat kerja

Menurut penemuan yang dibuat hasil tinjauan global syarikat perisian, Slack dan firma penyelidikan, Qualtrics ke atas lebih 18,000 pekerja termasuk eksekutif.

 

Keputusan kajian mendapati, ramai pekerja menghabiskan banyak masa dalam mesyaurat dengan unit-unit melakukan pembentangan berkongsi pencapaian mereka.

 

“Lebih banyak pembentangan pencapaian dilakukan berbanding membuat keputusan atau menangani isu,” kata penganalisis teknologi Slack untuk Asia-Pasifik, Derek Laney.

kajian dapati pekerja di asia suka pura-pura sibuk di tempat kerja

Menerusi kajian itu lagi, India berada di kedudukan pertama bagi pekerja paling ramai bersikap sedemikian, diikuti Jepun, Singapura, Perancis, Britain, Australia dan Jerman.

 

Tambah Derek Laney lagi, antara punca pekerja berpura-pura sibuk adalah kerana ketua mereka sering mengukur tahap produktiviti berdasarkan apa yang mereka lihat berlaku di pejabat.

 

“Ketua kebiasaannya menilai produktiviti pekerja berdasarkan aktiviti mereka di pejabat yang kelihatan sibuk berbanding memberi tumpuan kepada hasil kerja.

“Ia membawa kepada pekerjaan yang sia-sia kerana pekerja mahu menonjolkan seolah-olah mereka sibuk bekerja, hanya di hadapan ketua,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo!