Pejam celik, tahun 2023 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.
Terdapat banyak peristiwa, insiden, cerita, gosip, dan berita yang berlaku sepanjang tahun ini. Tambah pula dengan teknologi di hujung jari, ramai yang akan membuat carian atas talian menerusi pelbagai enjin carian, antaranya Google.
Menerusi Google, terdapat beberapa carian popular yang dibuat, khususnya oleh penduduk di negara ini.
Misalnya, ‘Sumbangan Tunai Rahmah’ menduduki tempat pertama dalam carian Google bagi kategori Berita, untuk tahun 2023, diikuti berita peperangan di Gaza, keputusan Pilihanraya Negeri (PRN), penutupan operasi MyAirline, kejadian gempa di Turki, eBelia Rahmah, kemunculan semula PLKN, permainan lato-lato, kontroversi kumpulan The 1975 dan insiden pesawat terhempas di Elmina.
Bagi kategori individu atau orang, isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menduduki tempat pertama dalam carian Google Malaysia, diikuti nama-nama lain seperti Jocelyn Chia, Michelle Yeoh, Angeline Tan, Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof, Zarina Anjoulie, Intan Najuwa, Sabri Yunus dan akhir sekali Ahn Bo Hyun.
Bagi kategori lain, berikut adalah senarai Top 10 carian di Malaysia seperti yang dipetik daripada enjin carian Google:
Sumber: Google Trends