Satu Bilion Manusia Dijangka Gemuk Melampau Menjelang 2030

Sebanyak lebih satu bilion manusia dijangka mengalami obesiti atau kegemukan melampau menjelang 2030.

satu bilion manusia dijangka gemuk melampau menjelang 2030

Angka membimbangkan itu dilaporkan oleh Persekutuan Obesiti Dunia (WOF) menerusi carta obesiti keempat global.

 

Tambah membimbangkan, tidak ada mana-mana negara di dunia yang berada di landasan yang betul untuk mengentikan obesiti menjelang 2025, seperti yang disasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Menurut laporan itu, satu daripada lima wanita dan satu daripada tujuh lelaki diramalkan menjadi obes menjelang 2030.

satu bilion manusia dijangka gemuk melampau menjelang 2030

Kadar kegemukan tertinggi dikesan di rantau Amerika Utara, Amerika Latin dan Caribbean.

 

“Angka dalam laporan ini adalah mengejutkan, namun apa  yang lebih mengejutkan adalah tindak balas kita  yang tidak mencukupi.

“Setiap orang mempunyai hak asas untuk akses kepada pencegahan, rawatan dan pengurusan yang berkesan buat mereka bagi menangani obesiti. Sekarang adalah masa untuk tindakan bersama, tegas dan berpaksikan kepada rakyat,” kata Ketua Eksekutif WOF, Johanna Ralston seperti yang disiarkan  akhbar The Guardian.

 

Menurut laporan itu, hampir separuh daripada penduduk Amerika Syarikat (AS) dijangka obes menjelang 2030.

 

Kajian itu turut meramalkan seramai 74 juta wanita di Benua Afrika juga akan mengalami obesiti pada 2030, berbanding 26 juta pada 2010.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang berkhasiat, serta melakukan aktiviti senaman setiap hari bagi mengelakkan masalah obesiti daripada terjadi.

 

Sumber: [1]