Ramai Bantah ‘Jelajah Minta Maaf’ oleh Jocelyn Chia Di KL, Ogos Ini

Selepas terpalit dengan kontroversi lawak yang dibuat oleh pelawak, Jocelyn Chia, satu persembahan khas yang bakal dibuat beliau bersama rakannya yang juga pelawak komediri, Chrissie Mayr, telah mengundang kemarahan ramai khususnya rakyat negara ini.

ramai bantah ‘jelajah minta maaf’ oleh jocelyn chia di kl, ogos ini

Persembahan khas yang disebut sebagai ‘Apology Tour’ itu dikatakan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos depan, telah mendapat bantahan hebat daripada orang ramai.

 

Poster yang dikongsikan oleh pelawak itu di Instagram telah membuatkan rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa bertegas memandang perkara tersebut kerana tindakan Jocelyn sebelum ini yang menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenakanya adalah satu perkara yang serius.

pdrm minta bantuan interpol cari pelawak jocelyn chia

Rata-rata rakyat Malaysia menyerang ruang komen media sosial pelawak terbabit, sambil meminta dia membatalkan sahaja penganjuran program berkenaan.

 

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor akan mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam mencari dan mengenalpasti lokasi pelawak Jocelyn Chia, yang telah menghina Malaysia dan mencela tragedi pesawat MH370.

 

Sumber: Instagram / Kosmo!