Lelaki di Malaysia Ramai Guna FB, WhatsApp. Wanita Pula IG, Telegram - Kajian

Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan dapatan berasaskan Banci Malaysia 2020 yang telah dilakukan sebelum ini, sekaligus berkongsi beberapa data menarik yang baharu, dengan salah satunya adalah menyentuh berkenaan media sosial.

lelaki di malaysia ramai guna fb, whatsapp. wanita pula ig, telegram - kajian

Menurut Banci Malaysia 2020, aplikasi WhatsApp merupakan platform media sosial dengan pengguna tertinggi di Malaysia, yang mana 13.6 juta daripada 16 juta orang yang dibanci menggunakan aplikasi berkenaan.

 

Data itu diikuti oleh Facebook yang digunakan oleh 12.3 juta responden, dan seterusnya 39.2% (6.3 juta responden) menggunakan Instagram.

lelaki di malaysia ramai guna fb, whatsapp. wanita pula ig, telegram - kajian

Aplikasi pesaing kepada WhatsApp iaitu Telegram pula dikatakan digunakan oleh hanya 23.2% (3.7 juta orang) responden, sementara aplikasi yang dahulunya dikenali sebagai Twitter iaitu X digunakan oleh 11.7% responden (1.9 juta orang).

 

Tambah lagi, Johor Bahru mempunyai pengguna WhatsApp tertinggi, dan juga pengguna Facebook tertinggi di peringkat daerah.

lelaki di malaysia ramai guna fb, whatsapp. wanita pula ig, telegram - kajian

Sementara itu, daerah Petaling di Selangor pula dilihat mempunyai pengguna Instagram dan X (Twitter) yang paling ramai.

 

Menurut data oleh DOSM ini, peratusan lelaki dilihat melangkaui bilangan wanita dalam penggunaan Facebook, WhatsApp dan LinkedIn. Sementara peratusan responden wanita melebihi lelaki dalam penggunaan platform Instagram, X (Twitter) dan juga Telegram.

 

Data penuh dibawah:

lelaki di malaysia ramai guna fb, whatsapp. wanita pula ig, telegram - kajian

Sumber: DOSM