Tular Rakyat Malaysia Kena Saman di Thailand Guna Lesen Digital, Ini Respon Menteri Pengangkutan

Beberapa hari lalu, tular di media sosial dakwaan dua lelaki warga Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa Thailand meskipun sudah mempamerkan lesen memandu.

tular rakyat malaysia kena saman di thailand guna lesen digital, ini respon menteri pengangkutan

Video yang tular menerusi Twitter menunjukkan dua individu itu menggunakan lesen digital seperti yang dibenarkan negara ini, ketika menunggang motosikal di sebuah daerah dalam negara terbabit.

 

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkata, rakyat Malaysia yang memandu kenderaan di luar negara adalah tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.

tular rakyat malaysia kena saman di thailand guna lesen digital, ini respon menteri pengangkutan

Ujarnya, pada masa sama rakyat Malaysia tidak sewajarnya meminta pihak berkuasa negara itu menerima pakai pelaksanaan kaedah lesen memandu digital Malaysia.

 

"Kita sudah perjelaskan pemanduan di luar negara tertakluk kepada undang-undang negara itu dan kita tidak boleh minta mereka terima cara (pelaksanaan lesen secara digital) kita.

"Kerajaan juga tidak boleh meminta mana-mana negara lain bagi menerima pelaksanaan konsep pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana setiap negara mempunyai undang-undang sendiri," katanya.

 

Tambah lagi, meskipun Malaysia sudah melaksanakan lesen digital bagi tujuan mengurangkan kesesakan di pejabat dan kaunter JPJ, pemberian lesen secara fizikal masih diteruskan sekiranya individu itu memerlukannya.

 

"Lesen digital yang diperkenalkan di negara ini sudah tentu tidak mempunyai masalah termasuk dari segi penguatkuasaan dan tiada saman akan dikenakan.

"Bagaimanapun, apabila seseorang itu ke luar negara sudah tentu dia tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.

"Jika memerlukan lesen fizikal bagi pemanduan di luar negara, dia boleh mendapatkannya daripada JPJ ketika memperbaharui lesen. Ini sesuatu yang saya rasa orang ramai perlu tahu bahawa kita tak ada bidang kuasa di negara lain," katanya lagi.

 

Sumber: HMetro