Pernahkah anda terfikir akan menjadi lebih muda berbanding usia anda sekarang?
Itu yang akan terjadi kepada semua rakyat di negara Korea Selatan bermula Jun 2023 nanti.
Ia selepas parlimen negara itu meluluskan undang-undang membatalkan dua kaedah tradisional pengiraan umur yang sedang digunapakai ketika ini.
Sistem yang dipanggil Zaman Korea tidak lagi digunakan pada dokumen rasmi serta hanya kaedah piawaian yang diiktiraf pada peringkat global sahaja dibenarkan.
Justeru ini akan menjadikan semua rakyat Korea Selatan setahun atau dua tahun lebih muda berbanding dengan kiraan umur mereka sekarang.
Sistem yang digunakan ketika ini adalah dikira bila mana seseorang itu berumur setahun semasa dilahirkan kemudian bertambah setahun lagi pada 1 Januari.
Misalnya, jika bayi itu dilahirkan pada Disember 2000, umurnya sudah dikira dua tahun apabila masuk Januari 2001, dan begitulah seterusnya.
Dalam satu lagi kaedah, umur seseorang akan dikira sebagai sifar semasa lahir dan setahun ditambah pada setiap 1 Januari.
Bagaimanapun kaedah ini tidak lagi digunapakai dan cara mengira umur seperti kebanyakkan amalan di dunia akan digunakan.
Sumber: HMetro