Kajian Dari AS Dedah Rahsia Hidup Lebih Lama, Kurang Risiko Sakit Kronik

Satu kajian yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat mendedahkan tabiat minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari dan kekal hidrat mampu membuatkan jangka haya seseorang menjadi lebih lama serta kurang risiko mendapat penyakit kronik.

kajian dari as dedah rahsia hidup lebih lama, kurang risiko sakit kronik

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal eBioMedicine pada 2 Jan 2023 oleh pengkaji, Dr Natalia Dmitrieva, mendapati individu yang kekal terhidrat sepanjang masa mampu hidup lebih lama.

 

Kajian dijalankan keatas lebih 11,000 responden berusia lingkungan 30-an mendapati tahap sodium dalam darah meningkat apabila seseorang itu kurang minum air.

 

Daripada kajian itu juga, 64 peratus dewasa yang ada tahap sodium tinggi dalam darah cenderung menghidap penyakit kronik seperti masalah jantung dan serangan strok. Malah mereka yang ada sodium tinggi juga lebih mudah meninggal dunia pada usia muda.

 

Pengkaji juga menyimpulkan individu kekal terhidrat dengan baik sepanjang masa dapat memanjangkan tempoh hayat sehingga 15 tahun berbanding mereka yang terhidrat.

kajian dari as dedah rahsia hidup lebih lama, kurang risiko sakit kronik

Dr Natalia menambah, hasil kajian juga menunjukkan penghidratan yang betul mampu melambatkan proses penuaan dan memanjangkan jangka hayat seseorang.

 

Sumber: Utusan / ebiomedicine