Gara-Gara Cemburu, Raffi Ahmad Larang Isteri Diet

Selebriti Indonesia, Raffi Ahmad enggan membenarkan pasangannya, Nagita Slavina berdiet gara-gara cemburu.

gara-gara cemburu, raffi ahmad larang isteri diet

Menerusi video yang dikongsikan di saluran YouTube mereka, Rans Entertainment, Raffi secara terangan-terangan tidak membenarkan Nagita melakukan perkara tersebut.

“Tidak perlu,” katanya.

Bukan itu sahaja, bapa kepada dua cahaya mata itu turut mempersoalkan sebab isterinya ingin berbuat sedemikian.

“Sekarang awak berdiet untuk siapa? Lelaki lain? Mustahil,” katanya.

Mendengar soalan itu, Nagita menjawab dengan suara perlahan dan tersenyum. Jelasnya, dia bukan berdiet untuk sesiapa, tetapi untuk dirinya sendiri. Bagaimanapun, jawapan tersebut tetap tidak memuaskan hati suaminya itu.

“Adakah anda lebih suka mempunyai anak atau berdiet?” sambung Raffi.

Mendengar soalan mengelirukan suaminya itu, Nagita lantas mengatakan dia ingin berdiet kerana sudah tidak muat pakaiannya.

“Tidak, pakaian saya tidak muat lagi,” katanya.

Namun, Raffi tetap menolak penjelasan daripada isterinya itu dan mengatakan Nagita hanya cuba berdalih.

“Alasan, beli baju baru saja,” katanya.

Amboi, cemburu betul ye Raffi!

 

Sumber: [1]