Raffi Ahmad Mengaku Bosan Dengan Hidup Akibat Terlalu Kaya

Tahukah korang bahawa di Indonesia, gelaran sultan mempunyai maksud yang berbeza dan tersendiri yang mana ia merujuk kepada seorang seniman yang diiktiraf kejayaan serta kewujudannya di kaca televisyen dan media sosial.

raffi ahmad mengaku bosan dengan hidup akibat terlalu kaya

Salah seorang daripada selebriti yang diberi gelaran itu termasuk Raffi Ahmad. Namun, Raffi baru-baru ini berkongsi di media sosial bahawa dia mengaku sudah bosan bergelar Sultan.

Beliau berkata demikian selepas isterinya, Nagita Slavina memberitahu bahawa dia sudah bosan menjadi seorang Ketua Pegawai Eksekutif. Kenyataan pasangan itu kemudian mencetuskan reaksi netizen.

Menerusi perkongsian foto di Instagram yang memaparkan dirinya mengerutkan kening di sisi kereta sport merah miliknya, tulis Raffi, “Saya sudah bosan menjadi sultan, rasanya biasa saja.”

Bagaimanapun, rata-ratanya ramai yang teringin bertukar posisi dengan Raffi kerana kekayaannya yang dikatakan melimpah ruah. Sebelum ini, kecoh di media sosial yang dirinya memberikan nafkah sebanyak RM50,000 sebulan kepada sang isteri.


Sumber: Suara