Penduduk Putrajaya, KL Paling Ramai Ada Masalah Kemurungan, Obesiti

Penduduk Putrajaya menunjukkan trend melebihi kadar populasi nasional dari segi kadar obesiti, kurang melakukan aktiviti fizikal dan paras kolestrol tinggi dalam darah.

penduduk putrajaya, kl paling ramai ada masalah kemurungan, obesiti

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang turut berkongsi statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan kadar kemurungan dan kebimbangan yang paling tinggi direkodkan dalam kalangan penduduk Putrajaya dan Kuala Lumpur.

 

Ekoran itu, beliau menyarankan badan-badan sukan untuk sama-sama meningkatkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

 

"Pihak kami akan cuba sedaya upaya menyediakan ruang dan fasiliti yang terbaik untuk pembangunan aspek sukan khususnya dalam usaha untuk mewujudkan bandar sihat," katanya.

 

Sumber: Sinar Harian