Sejak awal pagi tadi, tular berita yang melaporkan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan tarikh 1 Syawal pada tahun ini jatuh pada 21 April 2023.
Menurut laporan itu, negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.
Bagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.
Ia menjadikan kebanyakkan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.
Pengumuman ini mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.
Di Malaysia, pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.
Sumber: Astro AWANI