No. 11 Di Asia, Pungutan Mata JDT Lebih Tinggi Dari Man. United

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengejutkan ramai peminat bolasepak tempatan apabila dilapor mempunyai jumlah pungutan mata yang lebih tinggi daripada kelab bolasepak antarabangsa lain seperti Manchester United, Sevilla FC, Juventus dan juga AC Milan.

pungutan mata kelab bolasepak jdt lebih tinggi dari man. united, ac milan

Ia selepas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan senarai jumlah mata kelab bagi perebutan 32 slot ke Piala Dunia Kelab 2025.

no. 11 di asia, pungutan mata jdt lebih tinggi dari man. united

Dalam senarai peringkat Asia, JDT berjaya mengumpulkan 38 mata, meletakkan kelab itu sebaris dengan 11 pasukan elit di benua berkenaan, termasuk kelab dari Arab Saudi yang disertai Cristiano Ronaldo, Al Nassr FC.

pungutan mata kelab bolasepak jdt lebih tinggi dari man. united, ac milan

Difahamkan, sebanyak empat slot dibuka kepada pasukan dari benua Asia, dimana Al-Hilal dan Urawa Red Diamonds, masing-masing jyara AFC 2021 dan 2022, lebih awal mengesahkan tempat ke Piala Dunia Kelab 2025. Dua lagi slot bakal diisi oleh Juara AFC Champions League (ACL) 2023/2024, dengan pasukan yang mempunyai mata paling tinggi dalam benua Asia.

 

 

Melihat kepada kelab dari Eropah pula, Manchester City berada ditempat teratas, diikuti Real Madrid dan Bayern Munich. Bagaimanapun tumpuan lebih terarah kepada pasukan Man. United yang mempunyai 35 mata, lebih rendah berbanding yang diperoleh JDT.

pungutan mata kelab bolasepak jdt lebih tinggi dari man. united, ac milan

Untuk info, sebanyak 32 pasukan akan berentap pada Piala Dunia Kelab 2025 buat pertama kalinya dianjurkan bermula 15 Jun hingga 13 Julai 2025 di Amerika Syarikat.

pungutan mata kelab bolasepak jdt lebih tinggi dari man. united, ac milan

 

 

32 pasukan yang mengambil bahagian terdiri daripada enam konfederasi berbeza iaitu, empat pasukan dari benua Afrika, empat pasukan dari benua Asia, 12 pasukan dari benua Eropah, empat pasukan dari benua Amerika Tengah, Tengah dan Caribbean serta satu pasukan daripada Oceania.

 

Sumber: FIFA