Dihukum Cuci Tandas 6 Bulan Kerana Akibatkan Kematian Rakan di Bandar Puncak Alam

Dua remaja yang bertindak membakar sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3 hingga menyebabkan kematian rakan mereka, telah diperintahkan denda mencuci tandas dalam tempoh 6 bulan.

dihukum cuci tandas 6 bulan kerana akibatkan kematian rakan di bandar puncak alam

Hukuman dijatuhkan Majistret Siti Hajar Ali selepas kedua-dua tertuduh lelaki masing-masing berusia 16 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mereka.

 

Tambah lagi, mahkamah turut memerintahkan bon berkelakuan baik sebanyak RM1,000 untuk setiap seorang selama dua tahun, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dalam tempoh sama.

dihukum cuci tandas 6 bulan kerana akibatkan kematian rakan di bandar puncak alam

“Kamu tidak boleh keluar rumah sendirian bermula jam 8 malam hingga 6 pagi kecuali ditemani ibu bapa masing-masing selain kena hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

 

Kedua-dua remaja itu didakwa melakukan khianat dengan api dan menyebabkan kerosakkan harta benda dan kematian seorang rakan mereka di sebuah tandas awam gelanggang futsal dekat Bandar Puncak Alam Fasa 3, Kuala Selangor, kira-kira jam 2.47 petang, 28 Ogos 2022.

 

Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16, ditemui rentung selepas kebakaran itu dipadamkan pihak bomba.

 

Akibat daripada tindakan itu juga, kedua-dua remaja berkenaan dikenakan hukuman mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

 

Sumber: Kosmo!