Wabak Penyakit Mata Berjangkit, Puluhan Ribu Sekolah di Pakistan Ditutup

Lebih 56,000 buah sekolah di Pakistan terpaksa ditutup sepanjang minggu ini akibat daripada wabak penyakit mata berjangkit.

wabak penyakit mata berjangkit, puluhan ribu sekolah di pakistan ditutup

Menurut laporan, berjuta-juta pelajar akan duduk dirumah selepas wilayah Punjab mengumumkan penutupan sekolah selepas merekodkan sebanyak 357,000 kes virus konjunktivitis sejak awal tahun ini.

 

Simptom jangkitan wabak mata itu akan menyebabkan kemerahan, kegatalan serta lelehan air mata dan boleh merebak melalui sentuhan tangan, batuk mahupun bersin.

wabak penyakit mata berjangkit, puluhan ribu sekolah di pakistan ditutup

Sehubungan itu, langkah menutup sekolah-sekolah dibuat bagi mengekang penularan wabak itu khususnya kepada pelajar di wilayah tersebut.

 

Pihak berkuasa Punjab berkata, murid-murid akan disaring di pintu pagar apabila sekolah mula dibuka semula Isnin depan.

 

Sumber: Utusan