Keadaan Padang Kurang Memuaskan, PSM Minta Maaf Tak Cukup Masa Nak Baik Pulih

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) pada Jumaat, 8 Disember, keadaan padang yang rosak menjadi perhatian ramai khususnya para peminat bolasepak tempatan.

keadaan padang kurang memuaskan, psm minta maaf tak cukup masa nak baik pulih

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), pihaknya telah memohon maaf kepada Malaysian Football League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua peminat bola sepak kerana keadaan padang yang kurang memuaskan untuk digunapakai ketika aksi final, esok.

 

 

“PSM memohon maaf kepada MFL selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua para peminat sukan bola sepak negara, terutamanya pasukan JDT, TFC serta semua penyokong kedua-dua pasukan atas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang memuaskan bagi berdepan dengan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023.

keadaan padang kurang memuaskan, psm minta maaf tak cukup masa nak baik pulih

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu.

“PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” demikian menurut kenyataan itu.

keadaan padang kurang memuaskan, psm minta maaf tak cukup masa nak baik pulih

Sumber: Facebook Perbadanan Stadium Malaysia

Foto Utusan & Kosmo!