Program TV China Dikritik Ciplak Squid Game, Beri Nama Squid Victory

Tidak dinafikan kejayaan drama bersiri Squid Game telah memberi impak kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

program tv china dikritik ciplak squid game, beri nama squid victory

Kejayaan drama bersiri itu telah menarik minat sebuah platform penstriman China dengan menerbitkan drama yang dikatakan hampir serupa, berjudul Squid Victory.

program tv china dikritik ciplak squid game, beri nama squid victory

Platform penstriman yang mempunyai 90 juta pelanggan itu merupakan antara platform hiburan paling popular di China ekoran daripada saluran Netflix yang diharamkan di negara berkenaan.

 

Squid Victory didakwa meniru isi kandungan dan reka bentuk poster drama bersiri popular dari Korea Selatan, malah jalan ceritanya juga dikatakan telah meniru bulat-bulat Squid Game.

program tv china dikritik ciplak squid game, beri nama squid victory

Drama Squid Victory juga mengisahkan mengenai peserta yang perlu mengambil bahagian dalam permainan kanak-kanak secara berskala besar dengan ganjaran yang lumayan.

 

Warganet tempatan yang menularkan poster drama itu menyifatkan ia sebagai sangat memalukan.

program tv china dikritik ciplak squid game, beri nama squid victory

Sumber: [1]