Berita RM BTS Lelaki Terkacak Didunia Adalah Tidak Benar

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan wajah anggota kumpulan BTS iaitu RM diangkat sebagai lelaki paling kacak di dunia, menewaskan Henry Cavill yang berada ditempat kedua.

poster rm bts lelaki terkacak didunia adalah tidak benar

Bagaimanapun menurut penganjur 100 Lelaki Paling Kacak Dunia, TC Candler dalam satu kenyataan menafikan kesahihan ranking itu kerana mereka masih belum lagi mengumumkan senarai top 5, apatah lagi pemenangnya.

 

"Kepada sesiapa yang bertanya dan menyebarkan 'meme' itu, kami belum pun keluarkan senarai akhir untuk 2022. Kami cuma keluarkan senarai penuh Top 100 pada akhir Disember nanti.

"Walaupun kami sangat kagum dengan RM dan Henry Cavill, tiada siapa antara mereka sudah dipilih sebagai pemenang atau memasuki Top 5. Belum ada sebarang keputusan untuk 2022 sebelum kami buka undian pada Disember.

"Kalau anda nampak 'meme' atau berita mengenai perkara ini tukar di media sosial, tolong abaikan dan jangan kongsi," kata TC Candler dalam satu kenyataan media.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TC Candler (@tccandler)

 

 

Poster yang menunjukkan RM dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.

 

Sumber: Instagram