Poster Filem Malbatt Misi Bakara Tak ‘Jual’ Wajah Pelakon Walau Dibarisi Aktor Hebat, Ini Sebabnya

Pengarah dan penerbit filem aksi, Malbatt Misi Bakara mendedahkan sebab mengapa beliau tidak menggunakan wajah pelakon-pelakonnya dalam poster rasmi, meskipun ia dibarisi aktor hebat.

poster filem malbatt misi bakara tak ‘jual’ wajah pelakon walau dibarisi aktor hebat, ini sebabnya

Adrian Teh berkata, tujuan utamanya menerbitkan filem berkenaan bukanlah untuk menjual nama-nama pelakonnya yang terdiri daripada Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen dan Adlin Aman Ramli, sebaliknya adalah untuk mengangkat naskah hebat daripada kisah benar itu.

poster filem malbatt misi bakara tak ‘jual’ wajah pelakon walau dibarisi aktor hebat, ini sebabnya

“Saya nak minta maaf kepada semua pelakon kerana saya tak letak wajah mereka pada poster kerana saya rasa baik saya fokus kepada tujuan utama saya iaitu untuk mengetengahkan naskah ini.

“Filem ini bukan kisah mengenai pelakon atau individu, tetapi cerita mengenai seluruh batalion. Tak mampu semua, tapi saya ketengahkan 17 orang penting dalam kisah ini,” demikian menurut Adrian Teh yang pernah menerbitkan filem aksi terhebat seperti PASKAL The Movie dan Wira.

 

Adrian menambah, beliau bersyukur kerana pelakon-pelakonnya faham dengan keputusan yang dibuatnya itu.

“Pelakon sangat faham dengan apa yang saya lakukan ini dan mereka tahu direction saya kali ini iaitu bukan hendak menjual nama pelakon.

“Saya bangga kerana saya ada barisan aktor yang hebat da tiada menimbulkan sebarang masalah sepanjang bekerjasama dengan mereka,” katanya lagi.

 

Selain itu, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Dini Schatzman, Iedil Putra, Dafi, Syazwan Zulkifli, Fauzi Nawi, Taufik Hanafi, Nafiez Zaidi dan Safwan Nazri.

 

Selain trailer rasmi, dua poster rasmi filem ini juga telah dipertontonkan, yang masing-masing tidak menunjukkan wajah para pelakon, sebaliknya hanya aksi dalam filem berkenaan.

poster filem malbatt misi bakara tak ‘jual’ wajah pelakon walau dibarisi aktor hebat, ini sebabnya

Filem Malbatt Misi Bakara akan ditayangkan pada 24 Ogis ini, mengisahkan kisah benar tentang operasi menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap apabila helikopter Black Hawk mereka terhempas di Somalia.

Sumber: Gempak