Kadar Kelahiran Menurun, Populasi Korea Selatan Diramal Pupus Tahun 2750

Berikutan trend penurunan kadar kelahiran yang semakin meruncing, populasi Korea Selatan dilapor berisiko untuk pupus menjelang tahun 2750.

kadar kelahiran menurun, populasi korea selatan diramal pupus tahun 2750

Menurut laporan, pada tahun 2023 wanita Korea Selatan secara purata mempunyai 0.72 anak dalam hidupnya, menunjukkan pengurangan kadar kelahiran sebanyak 7.7 peratus berbanding 2022.

 

Pengurangan sebanyak 19,000 bayi itu adalah angka terendah pernah direkodkan sejak kadar kelahiran bermula 54 tahun lalu.

 

Dalam masa sama, bilangan kematian turut berkurang sebanyak 5.4 peratus berbanding 2022 dan ia masih tidak cukup untuk mengimbangi jumlah populasi.

kadar kelahiran menurun, populasi korea selatan diramal pupus tahun 2750

Penemuan membimbangkan itu dikhuatiri akan menghapuskan populasi rakyat Korea Selatan dan diramal yang terakhir adalah pada menjelang tahun 2750.

 

Keadaan itu turut menyebabkan negara berkenaan terdesak untuk meningkatkan kadar kelahiran bayi, dengan purata seumur hidup adalah sebanyak 2.1 orang bayi untuk setiap wanita; tiga kali ganda daripada paras semasa.

 

Terdapat beberapa sebab mengapa wanita Korea Selatan enggan mempunyai anak misalnya kos pendidikan dan penjagaan anak yang jauh lebih mahal berbanding sebelum ini.

 

Untuk itu, kerajaan Korea Selatan turut menawarkan insentif kepada wanita seperti manfaat berjumlah 1 juta won (kira-kira RM3,565) sebulan untuk setiap anak yang dilahirkan.

 

Sumber: Kosmo!