Polis Nafi Video Viral SUV Dihanyut Air Berlaku di Tapah

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang menunjukkan sebuah kenderaan serba guna (SUV) dihanyutkan air, didakwa berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highland.

polis nafi video viral suv dihanyut air berlaku di tapah

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, video berdurasi 1 minit 54 saat yang tular di media sosial pada petang Rabu, bukannya berlaku di Tapah seperti didakwa.

 

@pebendekauu

Up hill Tapah Road to Cameron Highland.....After Kuala Woh....Lata iskandar water falls.... allahuakbar 😢

♬ Yasir Lana - Ai Khodijah

 

Menurutnya, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengesahkan tiada kejadian seperti itu berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highland seperti yang tular.

 

“Pihak polis mengingatkan supaya menghentikan penularan video berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

 

Tindakan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan kerana menyebarkan berita tidak benar.

 

Malah, di bawah Seksyen 505b Kanun Keseksaan pula, jika sabit kesalahan boleh di hukum penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-dua sekali.

polis nafi video viral suv dihanyut air berlaku di tapah

Sumber: Polis Tapah