PDRM Minta Bantuan Interpol Cari Pelawak Jocelyn Chia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam mencari dan mengenalpasti lokasi pelawak Jocelyn Chia, yang telah menghina Malaysia dan mencela tragedi pesawat MH370.

pdrm minta bantuan interpol cari pelawak jocelyn chia

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, permohonan akan dikemukakan hari ini (14 Jun) untuk memudahkan siasatan lanjut.

 

Beliau menjelaskan bahawa siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 504/505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Tambah beliau, PDRM telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendapatkan bantuan dalam menyiasat akaun media sosial pelawak tersebut, yang akan digunakan bagi membantu dalam siasatan.

pdrm minta bantuan interpol cari pelawak jocelyn chia

Selain itu, PDRM juga telah mendapatkan transkrip ucapan suspek dari klip video yang berkaitan.

 

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengutuk tingkah laku pelawak tersebut sebagai tidak sensitif dan kurang beradab.

 

Sumber: Sinar Harian