Video Tular Pegawai Polis Lamar Teman Wanita Tengah Kesesakan Trafik

Seorang pegawai polis telah mencuri perhatian ramai selepas melamar teman wanitanya di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.

video tular pegawai polis lamar teman wanita tengah kesesakan trafik

Kejadian berlaku di Thailand menunjukkan pegawai polis, Piyawat Chaiyawet, melakar teman wanitanya minggu ini dan berkongsikan video itu di Tiktok.

 

Video menunjukkan Piyawat keluar dari keretanya ketika lampu isyarat berwarna merah. Beliau sebelum itu meminta teman wanitanya merakamkan video.

video tular pegawai polis lamar teman wanita tengah kesesakan trafik

Wanita itu bagaimanapun tidak tahu apa yang akan dibuat teman lelakinya itu, selain menyatakan kebimbangan mengenai bahaya.

 

Piyawat kemudian keluar dan berdiri dihadapan kereta sambil memegang beberapa helai kertas yang tertera mesej untuk teman wanitanya itu.

 

"Sayang…"

"Kita bersama untuk seketika…"

"Saya rasa sudah tiba masanya. Saya ingin menjaga awak selama-lamanya."

"Baby…"

 

Piyawat turut melihat sama ada lampu sudah bertukar hijau.

 

Kemudian Piyawat mengeluarkan sebentuk cincin dan sehelai kertas lagi dengan mesej, "Sudikah awak berkahwin dengan saya?"

 

@piyawatpark ให้ผมได้ดูแลผู้หญิงคนนี้ตลอดไป..❤️ เล่นไม่ใหญ่เเน่นะครับ #ครูปาร์ค ♬ เสียงต้นฉบับ - Piyawat Chaiyawet

 

Teman wanitanya yang sedang merakamkan detik itu kemudian membalas dengan isyarat OK sebagai tanda setuju, membuatkan Piyawat tersenyum.

video tular pegawai polis lamar teman wanita tengah kesesakan trafik

Tidak dapat dipastikan lokasi spesifik kejadian, namun video itu menjadi tular dan mencuit hati netizen.

 

Sumber: Tiktok