Ada Terima Amaran Sebelum Tragedi Itaewon, Polis Korea Selatan Mohon Maaf

Susulan insiden yang telah mengorbankan banyak nyawa di Itaewon baru-baru ini, Pesuruhjaya Polis Kebangsaan telah membuat permohonan maaf kepada mereka yang terlibat.

ada terima amaran sebelum tragedi itaewon, polis korea selatan mohon maaf

Yoon Hee-keun mengakui bahawa kawalan kesesakan ketika sambutan Halloween itu adalah tidak mencukupi, sehingga menyebabkan ratusan nyawa terkorban.

 

Pihak polis mendedahkan ada menerima 11 panggilan seawal 6.30 petang pada hari kejadian yang memaklumkan mengenai kemungkinan insiden itu.

 

Insiden bermula pada malam Sabtu, ketika orang ramai bergerak melalui lorong-lorong sempit di Itaewon. Seorang pelajar sekolah menengah dan lima pelajar sekolah tinggi adalah antara 154 mangsa yang terbunuh, kata Kementerian Pendidikan pada Isnin. Malah, sekurang-kurangnya 19 warga asing adalah antara yang maut, termasuk dua warga Amerika, demikian menurut pegawai penyiasat.

ada terima amaran sebelum tragedi itaewon, polis korea selatan mohon maaf

Ketika kejadian, saksi berkata jalan-jalan di Itaewon sangat padat sehingga hampir mustahil bagi pekerja kecemasan dan ambulans untuk sampai ke lorong berhampiran tempat kejadian itu.

 

“Sebagai pegawai yang menjaga keselamatan orang awam, saya secara ikhlas memohon maaf disebabkan kejadian itu,” demikian menurut Yoon Hee-keun dalam satu sidang media khas baru-baru ini.

 

Sumber: ABC News