Kes Tampar Bekas Kekasih, Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Suspek

Baru-baru ini, tular satu klip video berdurasi 22 saat yang menunjukkan seorang lelaki menampar seorang gadis dalam sebuah kereta di Gombak.

kes tampar bekas kekasih, polis minta bantuan orang ramai kesan suspek

Kejadian dilapor berlaku kerana salah faham, menyebabkan mangsa, berusia 21 tahun tampil membuat laporan polis.

 

Ekoran penularan video itu juga, Polis daerah Gombak kini dalam usaha memburu suspek yang juga lelaki warga tempatan berusia 22 tahun.

kes tampar bekas kekasih, polis minta bantuan orang ramai kesan suspek

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada 16 Oktober 2023, lebih kurang jam 6.30 petang, selepas pengadu warga tempatan berusia 21 tahun ditampar oleh bekas teman lelaki warga tempatan berusia 22 tahun akibat perselisihan faham.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” demikian menurut kenyataan yang dibuat Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Noor Ariffin b. Mohamad Nasir.

 

@utusantvofficial Pengadu seorang wanita tempatan berusia 21 tahun mendakwa telah ditampar oleh bekas teman lelaki berusia 22 tahun akibat perselisihan faham. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #gombak ♬ original sound - UtusanTV

 

 

kes tampar bekas kekasih, polis minta bantuan orang ramai kesan suspek

Terdahulu, menerusi rakaman video tersebut, wanita itu dilihat ditampar lelaki berkenaan berkali-kali. Dengan kedua-dua tangannya dipegang, wanita malang itu hanya mampu meraung.

I tak nak kahwin dengan orang macam you,” kata wanita berkenaan.

Wanita berkenaan turut merayu supaya lelaki itu melepaskannya dan menghantarnya pulang, namun tidak diendahkan.

“Sabarlah, I tak lempang you lagi. Sini I lempang you,” ujar pemuda itu

 

Sumber: Facebook IPD Gombak